PERSATUAN BAHASA MELAYU (PBM)
Universiti Sains Malaysia
Persatuan Bahasa Melayu telah diaktifkan semula pada sidang 2012/2013.
Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar USM.
Persatuan ini ditubuhkan bertujuan untuk menggabungkan semua pelajar USM yang berminat dengan bahasa Melayu. Selain itu, penubuhan persatuan ini juga adalah untuk menggiatkan dan mempelbagaikan lagi aktiviti-aktviti yang berkaitan dengan bahasa terutamanya bahasa Melayu.
Penyertaan pelajar sebagai ahli Persatuan Bahasa Melayu bukan sahaja akan membantu mereka untuk bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti yang akan diadakan tetapi mereka juga akan diberi kesedaran untuk melihat Pengajian Bahasa Melayu dalam aspek yang lebih luas.