Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti sampingan dibawah Persatuan Bahasa Melayu yang diadakan untuk perkongsian pengalaman bersama Puan Shirley Idris.
Beliau merupakan salah seorang pesakit kanser payudara yang telah melepasi tahap bahaya kanser tersebut. Alhamdulillah, beliau sekarang semakin sihat dan sedang bergiat aktif sebagai sukarelawan MAKNA.
Aktiviti ini berjalan selama dua jam, bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari. Sepanjang aktiviti ini, banyak pengalaman beliau yang dikongsikan bersama. Selain itu, beliau juga turut memberi nasihat supaya sentiasa waspada terhadap ancaman kanser yang mungkin akan dihadapi oleh sesiapa sahaja dan tidak kira usia.
Puan Shirley [dua dari kiri] bersama beberapa ahli PBM
0 komen:
Catat Ulasan